Apakah itu abakus?
Abakus digunakan untuk membantu mereka menguasai empat operasi asas iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Abakus biasanya dikenali sebagai sempoa dalam kalangan orang melayu dan “suan-pan” dalam masyarakat cina. Abakus ialah perkataan Latin yang berasal dari perkataan Greek abax atau abakon (bermaksud “jadual” atau “kepingan”). Kemungkinan juga abakus berasal dari perkataan abq atau abak, yang bermaksud “pasir”
Kenapa abakus wujud?
Abakus ialah satu bahan bantuan mekanikal yang digunakan untuk membilang. Ia bukanlah kalkulator sebagaimana yang anda gunakan sekarang. Orang yang menggunakan abakus biasanya melakukan pengiraan mental dan abakus berungsi untuk menyimpan hasiltambah, mengumpul semula dan sebagainya. Perkembangan peranti daripada keperluan Abakus wujud untuk memenuhi keperluan untuk mengira. Peniaga bukan sahaja memerlukan cara untuk membilang barangan yang dibeli dan dijjual tetapi juga untuk mengira kos barangannya. Abakus digunakan untuk menjadikan pengiraan harian lebih mudah sehinggalah nombor dicipta.