Wednesday 2 November 2011

Kenapa kita perlu ajar murid tentang abakus?

Kepada kawan- kawan semua, mengajar abakus tidaklah susah sangat. banyak kelebihan yang boleh didapati apablia murid menguasai abakus. Sekarang kita digalakkan menggunakan abakus 1:4.

Apakah itu abakus?




Abakus digunakan untuk membantu mereka menguasai empat operasi asas  iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Abakus biasanya dikenali sebagai sempoa dalam kalangan orang melayu dan  “suan-pan” dalam masyarakat cina. Abakus ialah perkataan Latin yang berasal dari perkataan Greek  abax atau abako (bermaksud “jadual” atau “kepingan”). Kemungkinan juga abakus berasal dari perkataan abq atau abak, yang bermaksud “pasir”


Kenapa abakus  wujud?

Abakus ialah satu bahan bantuan mekanikal yang digunakan untuk membilang. Ia bukanlah  kalkulator sebagaimana yang anda gunakan sekarang. Orang yang menggunakan abakus biasanya melakukan pengiraan mental dan abakus  berungsi untuk menyimpan hasiltambah, mengumpul semula dan sebagainya. Perkembangan peranti daripada keperluan  Abakus wujud untuk memenuhi keperluan untuk mengira. Peniaga bukan sahaja memerlukan cara untuk membilang barangan yang dibeli dan dijjual tetapi juga untuk mengira kos barangannya. Abakus digunakan untuk menjadikan pengiraan harian lebih mudah sehinggalah nombor dicipta.


 




1 comment: